Tentang Syarikat
Peneraju Transformasi Bakat Teknikal & Usahawan Industri
Eagletech Centre Sdn. Bhd. (ECSB) adalah sebuah syarikat milik penuh Bumiputera yang komited menjadi rakan strategik dalam pembangunan modal insan, khususnya bagi sektor teknikal dan pembinaan di Malaysia.
Ianya bukan sekadar pusat latihan, juga adalah jambatan yang menghubungkan graduan TVET dan tenaga kerja mahir dengan realiti sebenar dunia industri. Diasaskan oleh barisan bekas penjawat awam yang memiliki pengalaman luas dalam pengurusan projek, teknikal, dan pembangunan kerjaya. Kepakaran memahami selok-belok ekosistem industri daripada peringkat akar umbi hingga ke peringkat korporat.
PENERAJU UTAMA
CO-FOUNDER
Tahun Pengalaman
- Pakar Industri
- Fokus Kepada "Sistem" Sebenar Kontraktor
- Pendekatan Realistik
- Bimbingan Berterusan
Sejarah & Evolusi Syarikat
Perjalanan syarikat bermula pada tahun 2020, di mana bergerak aktif memberikan bimbingan secara tidak formal. Melihat kepada jurang besar antara “kemahiran” (skill) dan “kefahaman sistem” di kalangan pengamal teknikal, kami mengukuhkan identiti sebagai NS Training Centre pada 2022.
Menjelang tahun 2024, secara rasmi dikorporatkan sebagai Eagletech Centre Sdn. Bhd. untuk membawa visi yang lebih besar—iaitu melahirkan lebih ramai usahawan teknikal yang bukan sahaja mahir bekerja, malah bijak menguruskan perniagaan.
"Di Eagletech, kami percaya bahawa setiap bakat teknikal mempunyai potensi untuk menjadi pemilik perniagaan yang berjaya. Misi kami adalah untuk memberikan anda 'kunci' kepada sistem tersebut supaya anda boleh membina empayar perniagaan yang stabil dari bawah."
Eagletech Centre Sdn. Bhd
Misi syarikat
Menjadi pusat kecemerlangan latihan teknikal dan keusahawanan pilihan utama di Malaysia yang melahirkan modal insan berintegriti, kompeten, dan berdaya saing global.
VISI syarikat
Menutup Jurang Kemahiran
Menyediakan latihan yang praktikal dan relevan dengan kehendak semasa industri (CIDB, MOF, OSH).
Membina Kerjaya
Membantu graduan teknikal mendapat tempat di pasaran kerja melalui jaringan industri yang luas.
Melatih Usahawan
Mengubah landskap kontraktor kecil (G1-G3) daripada sekadar "tukang" kepada usahawan yang mempunyai sistem pengurusan yang mampan.
